Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: خمس يفطرن الصائم وينقضن الوضوء: الكذب والنميمة والغيبة والنظر لشهوة واليمين الكاذبة.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Lima perbuatan yang membatalkan puasa orang yang berpuasa dan membatalkan wuduk iaitu: berdusta, mengadu domba, mengumpat, melihat kerana syahwat dan bersumpah dusta.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 94, hadis no. 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال في اللآلىء: موضوع بسعيد يعني: ابن عنبسة: كذاب والثلاثة فوقه مجروحون.
Al-Suyuthi berkata dalam kitab al-La’ali: Hadith ini palsu disebabkan perawi bernama Said, yakni Ibn ‘Anbasah: Dia pendusta, dan tiga perawi di atasnya dikritik.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman