TEKS BAHASA ARAB
خمس ليال لا ترد فيهن الدعوة: أول ليلة من رجب، وليلة النصف من شعبان، وليلة الجمعة، وليلة الفطر، وليلة النحر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Lima malam yang tidak akan ditolak doa pada malam itu, iaitu; awal malam bulan Rejab, malam pertengahan Sya’ban, malam Jumaat, malam raya al-Fitri (Aidil Fitri) dan malam raya al-Nahar (Aidil Adha).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1416, hadis nombor 7186. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: خمس ليال لا ترد فيهن الدعوة: أول ليلة من رجب، وليلة النصف من شعبان، وليلة الجمعة، وليلة الفطر، وليلة النحر.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1452)]
(Palsu)
Daripada Abi Umamah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Lima malam yang tidak akan ditolak doa pada malam itu, iaitu; awal malam bulan Rejab, malam pertengahan Sya’ban, malam Jumaat, malam raya al-Fitri (Aidil Fitri) dan malam raya al-Nahar (Aidil Adha).
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1452]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.