Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خمسُ ليالٍ لا تُرَدُّ فيهن الدعوةُ: أولُ ليلةٍ من رجبٍ، وليلةُ النِّصْفِ من شعبانَ، وليلةُ الجُمُعةِ، وليلةُ الفِطْرِ، وليلةُ النَّحْرِ.
Teks Bahasa Melayu
Lima malam yang tidak akan ditolak doa pada malam itu, iaitu; awal malam bulan Rejab, malam pertengahan Sya'ban, malam Jumaat, malam raya al-Fitri (Aidil Fitri) dan malam raya al-Nahar (Aidil Adha).
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1416, hadis no. 7186. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: خمس ليال لا ترد فيهن الدعوة: أول ليلة من رجب، وليلة النصف من شعبان، وليلة الجمعة، وليلة الفطر، وليلة النحر. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1452)]
(Palsu) Daripada Abi Umamah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Lima malam yang tidak akan ditolak doa pada malam itu, iaitu; awal malam bulan Rejab, malam pertengahan Sya'ban, malam Jumaat, malam raya al-Fitri (Aidil Fitri) dan malam raya al-Nahar (Aidil Adha). [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1452]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman