Lima keistimewaan hari Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

سيد الأيام يوم الجمعة، وأعظمها عند الله، وأعظم عند الله عز وجل من يوم الفطر ويوم الأضحى، وفيه خمس خصال: خلق الله فيه آدم، وأهبط الله فيه آدم إلى الأرض، وفيه توفى الله آدم، وفيه ساعة لا يسأل العبد فيها شيئاً إلا آتاه الله تبارك وتعالى إياه ما لم يسأل حراماً، وفيه تقوم الساعة، ما من ملك مقرب، ولا سماء، ولا أرض، ولا رياح، ولا جبال، ولا بحر؛ إلا هن يشفقن من يوم الجمعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Penghulu bagi segala hari adalah hari Jumaat, ia hari paling agung di sisi Allah, dan paling agung di sisi Allah berbanding hari al-Fitri (hari raya Aidilfitri) dan hari al-‘Adha (hari raya Aidiladha). Pada hari Jumaat itu terdapat lima keistimewaan, iaitu: Allah SWT telah menjadikan Adam AS; Allah menurunkan Adam AS ke dunia; Allah SWT mewafatkan Adam AS; terdapat waktu yang apabila berdoa ketika waktu itu melainkan Allah Ta’ala pasti memakbulkan doanya selagimana dia tidak meminta perkara haram; dan berlakunya kiamat, tidak ada satu pun malaikat yang berhampiran, tidak juga langit, bumi, angin, gunung-ganang dan lautan; melainkan mereka semuanya takut dengan hari Jumaat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1334, hadis nombor 6818. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي لبابة بن عبد المنذر رضي الله عنه مرفوعا: سيد الأيام يوم الجمعة، وأعظمها عند الله، وأعظم عند الله عز وجل من يوم الفطر ويوم الأضحى، وفيه خمس خصال: خلق الله فيه آدم، وأهبط الله فيه آدم إلى الأرض، وفيه توفى الله آدم، وفيه ساعة لا يسأل العبد فيها شيئاً إلا آتاه الله تبارك وتعالى إياه ما لم يسأل حراماً، وفيه تقوم الساعة، ما من ملك مقرب، ولا سماء، ولا أرض، ولا رياح، ولا جبال، ولا بحر؛ إلا هن يشفقن من يوم الجمعة.
[حم، هــ، حل، ((الضعيفة)) (3726)]

(Lemah)
Daripada Abi Lubabah bin ‘Abd al-Munzir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Penghulu bagi segala hari adalah hari Jumaat, ia hari paling agung di sisi Allah, dan paling agung di sisi Allah berbanding hari al-Fitri (hari raya Aidilfitri) dan hari al-‘Adha (hari raya Aidiladha). Pada hari Jumaat itu terdapat lima keistimewaan, iaitu: Allah SWT telah menjadikan Adam AS; Allah menurunkan Adam AS ke dunia; Allah SWT mewafatkan Adam AS; terdapat waktu yang apabila berdoa ketika waktu itu melainkan Allah Ta’ala pasti memakbulkan doanya selagimana dia tidak meminta perkara haram; dan berlakunya kiamat, tidak ada satu pun malaikat yang berhampiran, tidak juga langit, bumi, angin, gunung-ganang dan lautan; melainkan mereka semuanya takut dengan hari Jumaat.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Ibn Mājah dalam al-Sunan, Abu Nu’aim dalam al-Ḥilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3726]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs