Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خمسةٌ لا جمعةَ عليهمْ: المرأةُ، والمسافرُ، والعبدُ، والصبيُّ، وأهلُ الباديةِ.
Teks Bahasa Melayu
Lima (golongan) yang tiada (kewajipan) Solat Jumaat ke atas mereka: wanita, seseorang yang bermusafir, seorang hamba, kanak-kanak dan penduduk di kawasan pedalaman.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 281, hadis no. 1456. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Terlalu Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Lima (golongan) yang tiada (kewajipan) Solat Jumaat ke atas mereka: wanita, seseorang yang bermusafir, seorang hamba, kanak-kanak dan penduduk di kawasan pedalaman. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3555]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman