Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Lima golongan yang termasuk dalam musibah

Teks Bahasa Arab

خَمْسٌ هنَّ قَواصِمُ الظَّهْرِ: عقوقُ الوالِدَيْنِ، والمرأةُ يأْتَمِنُها زوجُها تَخُونُه، والإمامُ يُطِيعُه النَّاسُ ويَعْصِي اللهَ -عزَّ وجلَّ -، ورجلٌ وَعَد عن نفسِه خيرًا فأَخْلَفَ، واعتراضُ المَرْءِ في أنسابِ الناسِ.

Teks Bahasa Melayu

Lima golongan yang termasuk dalam musibah: Derhaka terhadap ibu bapa, wanita yang diamanahkan oleh suaminya namun dia mengkhianatinya, pemimpin yang ditaati rakyat namun dia sendiri menderhakai Allah SWT, lelaki yang menjanjikan kebaikan tentang dirinya sendiri namun dia mungkir dan orang yang suka mempertikaikan keturunan orang lain.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 926, hadis no. 4761. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: خمس هن قواصم الظهرِ: عقوق الوالدين، والمرأة يأتمنها زوجها تخونه، والإمام يطيعه الناس ويعصي الله -عز وجل -، ورجل وعد عن نفسه خيرا فأخلف، واعتراض المرء في أنساب الناس. [هب، الضعيفة (2435)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Lima golongan yang termasuk dalam musibah: Derhaka terhadap ibu bapa, wanita yang diamanahkan oleh suaminya namun dia mengkhianatinya, pemimpin yang ditaati rakyat namun dia sendiri menderhakai Allah SWT, lelaki yang menjanjikan kebaikan tentang dirinya sendiri namun dia mungkir dan orang yang suka mempertikaikan keturunan orang lain”. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2435].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.