TEKS BAHASA ARAB
خمس من أوتيهن لم يعذر على ترك عمل الآخرة: زوجة صالحة، وبنون أبرار، وحسن مخالطة الناس، ومعيشة في بلده، وحب آل محمد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Lima golongan yang dikurniakan (kelebihan)- tidak mempunyai alasan untuk meninggalkan amalan akhirat: Isteri solehah, anak-anak lelaki yang baik, mereka yang bergaul sesama manusia dengan baik, mereka yang menetap di negaranya, pencinta keluarga Muhammad.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 938, hadis nombor 4830. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن زيد بن أرقم – رضي الله عنه – مرفوعا: ((خمس من أوتيهن لم يعذر على ترك عمل الآخرة: زوجة صالحة، وبنون أبرار، وحسن مخالطة الناس، ومعيشة في بلده، وحب آل محمد)).
[فر، ((الضعيفة)) (3553)].
(Lemah)
Daripada Zaid bin Arqam RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Lima golongan yang dikurniakan (kelebihan)- tidak mempunyai alasan untuk meninggalkan amalan akhirat: Isteri solehah, anak-anak lelaki yang baik, mereka yang bergaul sesama manusia dengan baik, mereka yang menetap di negaranya, pencinta keluarga Muhammad.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3553].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.