Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Lima golongan yang dikurniakan (kelebihan) tidak mempunyai alasan untuk meninggalkan amalan akhirat

Teks Bahasa Arab

‌‌خَمسٌ مَن أوتيَهنَّ لم يُعذَر على تركِ عَملِ الآخرةِ: زوجةٌ صالحةٌ، وبَنونَ أبرارٌ، وحُسنُ مخالطةِ النَّاسِ، ومعيشةٌ في بلدِهِ، وحبُّ آلِ محمدٍ.

Teks Bahasa Melayu

Lima golongan yang dikurniakan (kelebihan)- tidak mempunyai alasan untuk meninggalkan amalan akhirat: Isteri solehah, anak-anak lelaki yang baik, mereka yang bergaul sesama manusia dengan baik, mereka yang menetap di negaranya, pencinta keluarga Muhammad.

Sahabat Perawi

  1. Zaid bin Arqam RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 938, hadis no. 4830. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌‌(ضعيف) عن زيد بن أرقم - رضي الله عنه - مرفوعا: خمس من أوتيهن لم يعذر على ترك عمل الآخرة: زوجة صالحة، وبنون أبرار، وحسن مخالطة الناس، ومعيشة في بلده، وحب آل محمد. [فر، الضعيفة (3553)].

(Lemah) Daripada Zaid bin Arqam RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Lima golongan yang dikurniakan (kelebihan)- tidak mempunyai alasan untuk meninggalkan amalan akhirat: Isteri solehah, anak-anak lelaki yang baik, mereka yang bergaul sesama manusia dengan baik, mereka yang menetap di negaranya, pencinta keluarga Muhammad. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3553].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.