Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Lima doa yang dimustajabkan

Teks Bahasa Arab

خَمسُ دعواتٍ يُستجابُ لهنّ: دَعوةُ المظلومِ حتَّى ينتَصرَ، ودعوةُ الحاجِّ حتَّى يَصدُرَ، ودعوَةُ المجاهدِ حتَّى يَقفُلَ، ودعوةُ المريضِ حتَّى يَبرَأَ، ودعوَةُ الأخِ لأخيه بظهرِ الغيبِ.

Teks Bahasa Melayu

Lima doa yang dimustajabkan, iaitu doa orang yang dizalimi hinggalah dia dibantu, doa orang yang menunaikan haji hinggalah dia selesai, doa orang yang berjihad hinggalah dia pulang, doa orang sakit hinggalah dia sembuh dan doa seorang saudara kepada saudaranya tanpa pengetahuannya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1416, hadis no. 7185. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: خمس دعوات يستجاب لهن: دعوة المظلوم حتى ينتصر، ودعوة الحاج حتى يصدر، ودعوة المجاهد حتى يقفل، ودعوة المريض حتى يبرأ، ودعوة الأخ لأخيه بظهر الغيب. [المخلدي في ((ثلاثة مجالس من الأمالي))، ابن إلياس في ((مشيخته))، الضياء في ((المنتقى من مسوعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (1364)]

(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Lima doa yang dimustajabkan, iaitu doa orang yang dizalimi hinggalah dia dibantu, doa orang yang menunaikan haji hinggalah dia selesai, doa orang yang berjihad hinggalah dia pulang, doa orang sakit hinggalah dia sembuh dan doa seorang saudara kepada saudaranya tanpa pengetahuannya. [Riwayat al-Makhladi dalam Thalathah Majalis Min al-Amali, Ibn Ilyas dalam Mashaikhah beliau dan al-Diya' dalam al-Muntaqa Min Masmu'atihi Bi Murru. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1364]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.