Lihatlah pemuda ini

TEKS BAHASA ARAB

انظروا إلى هذا الرجل الذي قد نور الله قلبه، لقد رأيته بين أبوين يغذوانه بأطيب الطعام والشراب، ولقد رأيت عليه حلة شراها بمئتي درهم، فدعاه حب الله ورسوله إلى ما ترون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lihatlah pemuda ini yang mana Allah akan memberi cahaya pada jantung hatinya. Aku pernah melihatnya antara kedua ibu bapanya yang selalu memberinya sebaik-baik makanan dan minuman, dan aku pernah melihat dia membawa satu bekas yang dibelinya dengan harga 200 dirham, lalu cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya telah menyerunya kepada apa yang kalian lihat ini.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2039 hadis nombor 10265. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه -، قال: نظر النبي ﷺ إلى مصعب بن عمير مقبلا، وعليه إهاب كبش قد تنطق به، فقال النبي ﷺ :انظروا إلى هذا الرجل الذي قد نور الله قلبه، لقد رأيته بين أبوين يغذوانه بأطيب الطعام والشراب، [ولقد رأيت عليه حلة شراها بمئتي درهم]، فدعاه حب الله ورسوله إلى ما ترون.
[حل، هب، ((الضعيفة)) (5195)]

(Lemah)
Daripada Umar bin Al-Khattab RA, beliau berkata: Nabi SAW telah melihat Mus’ab bin ‘Umair datang dan padanya terdapat kulit seekor kibash yang dijadikan tali pinggang, kemudian Nabi SAW bersabda: Lihatlah pemuda ini yang mana Allah akan memberi cahaya pada jantung hatinya. Aku pernah melihatnya antara kedua ibu bapanya yang selalu memberinya sebaik-baik makanan dan minuman, dan aku pernah melihat dia membawa satu bekas yang dibelinya dengan harga 200 dirham, lalu cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya telah menyerunya kepada apa yang kalian lihat ini.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5195]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs