Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
انظُروا إِلى هَذا الرَّجلِ الَّذي قدْ نوَّرَ اللهُ قَلبَه، لَقد رَأيتُه بَينَ أَبَويْنِ يَغْذُوَانِه بأَطيبِ الطَّعامِ والشَّرابِ، ولَقد رَأيتُ عَليه حُلَّةً شَراها بِمِئتَي دِرْهمٍ، فدَعاه حُبُّ اللهِ ورَسولِه إلى ما تَرونَ.
Teks Bahasa Melayu
Lihatlah pemuda ini yang mana Allah akan memberi cahaya pada jantung hatinya. Aku pernah melihatnya antara kedua ibu bapanya yang selalu memberinya sebaik-baik makanan dan minuman, dan aku pernah melihat dia membawa satu bekas yang dibelinya dengan harga 200 dirham, lalu cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya telah menyerunya kepada apa yang kalian lihat ini.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2039, hadis no. 10265. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Umar bin Al-Khattab RA, beliau berkata: Nabi SAW telah melihat Mus’ab bin ‘Umair datang dan padanya terdapat kulit seekor kibash yang dijadikan tali pinggang, kemudian Nabi SAW bersabda: Lihatlah pemuda ini yang mana Allah akan memberi cahaya pada jantung hatinya. Aku pernah melihatnya antara kedua ibu bapanya yang selalu memberinya sebaik-baik makanan dan minuman, dan aku pernah melihat dia membawa satu bekas yang dibelinya dengan harga 200 dirham, lalu cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya telah menyerunya kepada apa yang kalian lihat ini. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5195]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman