Lidah sekalian makhluk adalah pena-pena kebenaran

TEKS BAHASA ARAB

ألسنة الخلق أقلام الحق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lidah sekalian makhluk adalah pena-pena kebenaran.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 17, hadis nombor 38. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

ليس بحديث، وإنما هو من كلام بعض الصوفية. نعم، أخرج الطبراني، عن أشعث بن أبي الشعثاء، عن أبيه، قال: ذكر الدجال عند ابن مسعود، فقال: “لا تكثروا ذكره، فإن الأمر إذا قضي في السماء، كان أسرع من نزوله إلى الأرض أن يطير على ألسنة الناس”.

Ia bukan hadith, sebaliknya hanyalah termasuk ucapan sebahagian ahli sufi.
Ya, al-Tabarani telah meriwayatkan daripada Ash'ath bin Abi Sha'tha' daripada ayahnya, katanya: Disebutkan berkenaan dajjal berhampiran Ibn Mas'ud, lalu beliau berkata: “Janganlah kamu banyak menyebutkannya. Ini kerana, sesuatu perkara apabila telah diputuskan di langit, ia lebih cepat pada turunnya ke bumi kerana ia berlegar-legar pada lidah orang ramai”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs