Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَلْسِنَةُ الْخَلْقِ أَقْلامُ الْحَقِّ.
Teks Bahasa Melayu
Lidah sekalian makhluk adalah pena-pena kebenaran.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 17, hadis no. 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia bukan hadith, sebaliknya hanyalah termasuk ucapan sebahagian ahli sufi. Ya, al-Tabarani telah meriwayatkan daripada Ash'ath bin Abi Sha'tha' daripada ayahnya, katanya: Disebutkan berkenaan dajjal berhampiran Ibn Mas'ud, lalu beliau berkata: "Janganlah kamu banyak menyebutkannya. Ini kerana, sesuatu perkara apabila telah diputuskan di langit, ia lebih cepat pada turunnya ke bumi kerana ia berlegar-legar pada lidah orang ramai".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman