Letaklah tangan kamu di tempat bengkak itu

TEKS BAHASA ARAB

ضعي يدك عليه، ثم قولي ثلاث مرات: بسم الله، اللهم! أذهب عني شر ما أجد، بدعوة نبيك الطيب، المبارك المكين عندك، بسم الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Letaklah tangan kamu di tempat bengkak itu, kemudian kamu bacalah sebanyak 3 kali: “Dengan nama Allah, Ya Allah jauhkanlah aku dari keburukan yang menimpaku, dengan seruan doa NabiMu yang amat suci, yang diberkati di sisiMu, Dengan NamaMu ya Allah”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1177, hadis nombor 5960. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أسماء بنت أبو بكر – رضي الله عنهما -، قالت: خرج علي خراج في عنقي، فتخوفت منه، فأخبرت به عائشة، فقالت: سلي النبي – صلى الله عليه وسلم – قالت: فسألته، فقال: ((ضعي يدك عليه، ثم قولي ثلاث مرات: بسم الله، اللهم! أذهب عني شر ما أجد، بدعوة نبيك الطيب، المبارك المكين عندك، بسم الله)). [الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (3816)]

(Palsu)
Daripada Asma binti Abu Bakar RA, telah berkata: Telah timbul bengkak yang bernanah di leherku, aku amat takut (memudaratkan aku), aku telah menceritakannya kepada ‘Aishah, aku telah berkata: “Tanyalah kepada Nabi SAW”. Aishah menjawab: “Aku akan tanya kepadanya”. Kemudian, Nabi bersabda: “Letaklah tangan kamu di tempat bengkak itu, kemudian kamu bacalah sebanyak 3 kali: “Dengan nama Allah, Ya Allah jauhkanlah aku dari keburukan yang menimpaku, dengan seruan doa NabiMu yang amat suci, yang diberkati di sisiMu, Dengan NamaMu ya Allah”.
[Riwayat al-Khara’iti dalam Makarimul Akhlak. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 3816]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs