Letaklah pena di telinga kamu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إنّه صلّى اللّه عليه وآله وسلّم قَال لكاتب بين يديه: ضع القَلم على أذنك فإنّه أذكر للملي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Nabi SAW bersabda kepada penulis yang berada di hadapan Baginda: Letaklah pena di telinga kamu kerana ia akan mengekalkan ingatan.

STATUS

Tidak Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 291, hadis nombor 72. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وقَد رواه ابن عساكر عن أنس مرفوعا، والديلمي عنه أيضا: ولا يصح ذلك.

Ianya telah diriwayatkan daripada Ibn Asakir daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) al-Dailami turut meriwayatkan daripadanya. Hadith ini tidak sahih.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs