TEKS BAHASA ARAB
ضع القلم على أذنك، فإنه أذكر للمملي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Letaklah pena atas telingamu kerana ia boleh mengingatkan kepada penulis.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1235, hadis nombor 6294. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن زيد بن ثابت رضي الله عنه، قال: دخلت على رسول الله صلى الله عليه وسلم وبين يديه كاتب، فسمعته يقول: ضع القلم على أذنك، فإنه أذكر للمملي.
[ت، ابن حبان في ((المجروحين))، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (861)].
(Palsu)
Daripada Zaid bin Thabit RA, katanya: Aku pernah masuk menemui Rasulullah SAW dan di hadapan baginda ketika itu ada seorang penulis. Aku mendengar baginda bersabda: Letaklah pena atas telingamu kerana ia boleh mengingatkan kepada penulis.
[Riwayat al-Tirmizi, Ibn Hibban dalam al-Majruhin, Ibn 'Adi, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 861].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.