Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ضعِ القلمَ على أُذُنِك، فإنَّه أذكرُ للمُمْلي.
Teks Bahasa Melayu
Letaklah pena atas telingamu kerana ia boleh mengingatkan kepada penulis.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Thabit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1235, hadis no. 6294. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن زيد بن ثابت رضي الله عنه، قال: دخلت على رسول الله صلى الله عليه وسلم وبين يديه كاتب، فسمعته يقول: ضع القلم على أذنك، فإنه أذكر للمملي. [ت، ابن حبان في ((المجروحين))، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (861)].
(Palsu) Daripada Zaid bin Thabit RA, katanya: Aku pernah masuk menemui Rasulullah SAW dan di hadapan baginda ketika itu ada seorang penulis. Aku mendengar baginda bersabda: Letaklah pena atas telingamu kerana ia boleh mengingatkan kepada penulis. [Riwayat al-Tirmizi, Ibn Hibban dalam al-Majruhin, Ibn 'Adi, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 861].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman