Letakkanlah tanganmu di atasnya kemudian kamu ucapkanlah sebanyak tiga kali

TEKS BAHASA ARAB

ضعي يدك عليه، ثم قولي ثلاث مرات: بسم الله، اللهم! أذهب عني شر ما أجد، بدعوة نبيك الطيب، المبارك المكين عندك، بسم الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Letakkanlah tanganmu di atasnya kemudian kamu ucapkanlah sebanyak tiga kali: Dengan nama Allah! Ya Allah! Hilangkanlah daripadaku keburukan yang sedang aku hadapi dengan doa Nabi-Mu yang baik, yang diberkati lagi kukuh kedudukannya di sisi-Mu, dengan nama Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1465, hadis nombor 7460. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أسماء بنت أبي بكر – رضي الله عنها -، قالت: خرج علي خراج في عنقي، فتخوفت منه، فأخبرت به عائشة، فقالت: ((سلي النبي – صلى الله عليه وسلم -، قالت: فسألته، فقال: ((ضعي يدك عليه، ثم قولي ثلاث مرات: بسم الله، اللهم! أذهب عني شر ما أجد، بدعوة نبيك الطيب، المبارك المكين عندك، بسم الله)). [الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))،((الضعيفة)) (3816)]

(Palsu)
Daripada Asma’ binti Abu Bakar RA, berkata: Nanah telah keluar pada leherku, aku pun merasa bimbang tentangnya, lalu aku memberitahu ‘Aishah berkenaannya. ‘Aishah pun berkata: Tanyalah Nabi SAW. Asma’ berkata: Aku pun bertanya Baginda, lalu Baginda bersabda: Letakkanlah tanganmu di atasnya kemudian kamu ucapkanlah sebanyak tiga kali: Dengan nama Allah! Ya Allah! Hilangkanlah daripadaku keburukan yang sedang aku hadapi dengan doa Nabi-Mu yang baik, yang diberkati lagi kukuh kedudukannya di sisi-Mu, dengan nama Allah.
[Riwayat al-Kharaiti dalam Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3816]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs