Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ضَعِي يدَكِ عليه، ثم قولي ثلاثَ مراتٍ: بسمِ اللهِ، اللهم! أَذْهِبْ عني شرَّ ما أجدُ، بدعوةِ نبيِّكَ الطيِّبِ، المبارَكِ المَكِينِ عندَكَ، بسمِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Letakkanlah tanganmu di atasnya kemudian kamu ucapkanlah sebanyak tiga kali: Dengan nama Allah! Ya Allah! Hilangkanlah daripadaku keburukan yang sedang aku hadapi dengan doa Nabi-Mu yang baik, yang diberkati lagi kukuh kedudukannya di sisi-Mu, dengan nama Allah.
Sahabat Perawi
- Asma' binti Abu Bakar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1465, hadis no. 7460. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أسماء بنت أبي بكر - رضي الله عنها -، قالت: خرج علي خراج في عنقي، فتخوفت منه، فأخبرت به عائشة، فقالت: ((سلي النبي - صلى الله عليه وسلم -، قالت: فسألته، فقال: ((ضعي يدك عليه، ثم قولي ثلاث مرات: بسم الله، اللهم! أذهب عني شر ما أجد، بدعوة نبيك الطيب، المبارك المكين عندك، بسم الله)). [الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))،((الضعيفة)) (3816)]
(Palsu) Daripada Asma' binti Abu Bakar RA, berkata: Nanah telah keluar pada leherku, aku pun merasa bimbang tentangnya, lalu aku memberitahu 'Aishah berkenaannya. 'Aishah pun berkata: Tanyalah Nabi SAW. Asma' berkata: Aku pun bertanya Baginda, lalu Baginda bersabda: Letakkanlah tanganmu di atasnya kemudian kamu ucapkanlah sebanyak tiga kali: Dengan nama Allah! Ya Allah! Hilangkanlah daripadaku keburukan yang sedang aku hadapi dengan doa Nabi-Mu yang baik, yang diberkati lagi kukuh kedudukannya di sisi-Mu, dengan nama Allah. [Riwayat al-Kharaiti dalam Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3816]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman