Letakkanlah manusia mengikut kedudukan mereka dari sudut baik dan buruk

TEKS BAHASA ARAB

أنزل الناس منازلهم من الخير والشر، وأحسن أدبهم على الأخلاق الفاضلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Letakkanlah manusia mengikut kedudukan mereka dari sudut baik dan buruk. Dan perelokkanlah adab mereka dengan akhlak yang terpuji.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 187, hadis nombor 962. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل مرفوعا: ((أنزل الناس منازلهم من الخيرِ والشر، وأحسن أدبهم على الأخلاق الفاضلة)).
[الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (1892)]

(Lemah)
Daripada Muaz bin Jabal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Letakkanlah manusia mengikut kedudukan mereka dari sudut baik dan buruk. Dan perelokkanlah adab mereka dengan akhlak yang terpuji.
[Riwayat al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1892]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs