Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَنْزِلِ الناسَ منازلَهم من الخيرِ والشَّرِّ، وأَحْسِن أدبَهم على الأخلاقِ الفاضلةِ.
Teks Bahasa Melayu
Letakkanlah manusia mengikut kedudukan mereka dari sudut baik dan buruk. Dan perelokkanlah adab mereka dengan akhlak yang terpuji.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 187, hadis no. 962. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل مرفوعا: ((أنزل الناس منازلهم من الخيرِ والشر، وأحسن أدبهم على الأخلاق الفاضلة)). [الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (1892)]
(Daif) Daripada Muaz bin Jabal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Letakkanlah manusia mengikut kedudukan mereka dari sudut baik dan buruk. Dan perelokkanlah adab mereka dengan akhlak yang terpuji. [Riwayat al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1892]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman