Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَنْزِلُوا الناسَ منازلَهم.
Teks Bahasa Melayu
Letakkanlah manusia itu pada kedudukan mereka.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 187, hadis no. 963. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada al-Asbagh bin Nubatah daripada ‘Ali bin Abi Talib RA beliau berkata: Seorang lelaki datang kepadanya, lalu dia berkata: Wahai Amirul Mu’minin, sesungguhnya aku mempunyai hajat kepadamu. Maka aku mengangkatnya kepada Allah terlebih dahulu sebelum aku mengangkatnya kepadamu. Sekiranya kamu dapat menunaikan maka aku memuji Allah dan berterima kasih kepadamu. Namun sekiranya kamu tidak dapat menunaikannya, maka aku akan memuji Allah dan memaafkanmu. Lalu Ali berkata: Tuliskanlah (hajatmu itu) di atas tanah, kerana aku tidak suka melihat kehinaan permintaan pada wajah kamu. Lalu lelaki itu menulis: Sesungguhnya aku amat memerlukan. Maka ‘Ali berkata: Datangkan kepadaku pakaian yang cantik. Lalu dibawakan kepadanya. Maka lelaki tersebut mengambil dan memakainya. Kemudian dia berkata: Engkau telah memakaikan aku dengan pakaian cantik yang begitu jelas keindahannya *** Maka aku akan memakaikan kamu dengan pujian yang terbaik *** Sekiranya engkau memperoleh pujianku yang terbaik maka engkau telah memperoleh kemuliaan *** Dan tidaklah engkau menjumpai sebarang ganti terhadap apa yang telah aku katakan *** Sesungguhnya pujian akan menghidupkan sebutan pemiliknya *** Seperti hujan menghidupkan tanah lapang dan juga bukit bukau *** Janganlah kamu zuhud pada masa kerana pada kezuhudannya itu akan berlaku *** Dan sesungguhnya setiap hamba itu akan diberikan ganjaran dengan apa yang telah dia lakukan. Kemudian ‘Ali berkata: Berikan kepadaku beberapa dinar. Lalu dibawakan kepadanya 100 dinar dan beliau menyerahkannya kepada lelaki tersebut. Al-Asbagh berkata: Aku berkata: Wahai Amirul Mu’minin, kau berikan kepadanya pakaian yang cantik berserta 100 dinar? ‘Ali berkata: Ya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Letakkanlah manusia itu pada kedudukan mereka. Beliau berkata: Beginilah kedudukan lelaki ini di sisiku. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1894]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman