TEKS BAHASA ARAB
ضع إصبعك السبابة على ضرسك؛ ثم اقرأ: ((أو لم ير الإنسان أنا خلقناه من نطفة …)) [يس: 77].
TEKS BAHASA MALAYSIA
Letakkanlah jari telunjukmu pada gigi gerahammu kemudian bacalah: {Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa Kami telah menciptakannya daripada setitik air mani …} [Yasin: 77].
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1177, hadis nombor 5959. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – لرجل اشتكى ضرسه: ((ضع إصبعك السبابة على ضرسك؛ ثم اقرأ: ((أو لم ير الإنسان أنا خلقناه من نطفة …)) [يس: 77])). [فر، ((الضعيفة)) (3814)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA, telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda kepada seorang lelaki yang mengadu sakit gigi gerahamnya: Letakkanlah jari telunjukmu pada gigi gerahammu kemudian bacalah: {Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa Kami telah menciptakannya daripada setitik air mani …} [Yasin: 77]. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3814]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.