TEKS BAHASA ARAB
ضعي يدك عليه، ثم قولي ثلاث مرات: بسم الله، اللهم! أذهب عني شر ما أجد، بدعوة نبيك الطيب، المبارك المكين عندك، بسم الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Letakkan tanganmu di atasnya (tempat sakit), kemudian sebutlah sebanyak tiga kali: “Dengan nama Allah, ya Allah hindarilah daku daripada keburukan sesuatu yang sedang menimpaku, dengan doa Nabi-Mu yang suci, yang diberkati dan ada kedudukan di sisi-Mu, Dengan Nama Allah”
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1177, hadis nombor 5960. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أسماء بنت أبو بكر – رضي الله عنهما -، قالت: خرج علي خراج في عنقي، فتخوفت منه، فأخبرت به عائشة، فقالت: سلي النبي – صلى الله عليه وسلم – قالت: فسألته، فقال: ((ضعي يدك عليه، ثم قولي ثلاث مرات: بسم الله، اللهم! أذهب عني شر ما أجد، بدعوة نبيك الطيب، المبارك المكين عندك، بسم الله)). [الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (3816)]
(Palsu) Daripada Asma binti Abu Bakar RA, telah berkata: Telah timbul satu bisul yang bernanah di leherku, aku amat bimbang akannya, lalu aku menceritakannya kepada ‘Aisyah, katanya: “Tanyakanlah kepada Nabi SAW”. Asma berkata: "Lantas aku pun bertanya Baginda". Baginda pun bersabda : “Letakkan tanganmu di atasnya (tempat sakit), kemudian sebutlah sebanyak tiga kali: “Dengan nama Allah, ya Allah hindarilah daku daripada keburukan sesuatu yang sedang menimpaku, dengan doa Nabi-Mu yang suci, yang diberkati dan ada kedudukan di sisi-Mu, Dengan Nama Allah”. [Riwayat al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3816]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.