Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ضَعِي يَدَكِ عَلَيهِ، ثُمَّ قُولِي ثلاثَ مَرَّاتٍ: بِسمِ اللهِ، اللهمَّ! أَذْهِبْ عني شرَّ ما أجدُ، بدعوةِ نبيِّكَ الطيِّبِ، المبارَكِ المَكِينِ عندَكَ، بسمِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Letakkan tanganmu di atasnya (tempat sakit), kemudian sebutlah sebanyak tiga kali: “Dengan nama Allah, ya Allah hindarilah daku daripada keburukan sesuatu yang sedang menimpaku, dengan doa Nabi-Mu yang suci, yang diberkati dan ada kedudukan di sisi-Mu, Dengan Nama Allah”
Sahabat Perawi
- Asma binti Abu Bakar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1177, hadis no. 5960. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أسماء بنت أبو بكر - رضي الله عنهما -، قالت: خرج علي خراج في عنقي، فتخوفت منه، فأخبرت به عائشة، فقالت: سلي النبي - صلى الله عليه وسلم - قالت: فسألته، فقال: ((ضعي يدك عليه، ثم قولي ثلاث مرات: بسم الله، اللهم! أذهب عني شر ما أجد، بدعوة نبيك الطيب، المبارك المكين عندك، بسم الله)). [الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (3816)]
(Palsu) Daripada Asma binti Abu Bakar RA, telah berkata: Telah timbul satu bisul yang bernanah di leherku, aku amat bimbang akannya, lalu aku menceritakannya kepada ‘Aisyah, katanya: “Tanyakanlah kepada Nabi SAW”. Asma berkata: "Lantas aku pun bertanya Baginda". Baginda pun bersabda : “Letakkan tanganmu di atasnya (tempat sakit), kemudian sebutlah sebanyak tiga kali: “Dengan nama Allah, ya Allah hindarilah daku daripada keburukan sesuatu yang sedang menimpaku, dengan doa Nabi-Mu yang suci, yang diberkati dan ada kedudukan di sisi-Mu, Dengan Nama Allah”. [Riwayat al-Khara’iti dalam Makarim al-Akhlak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3816]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman