Letakkan tangan kamu ke atas kepala

TEKS BAHASA ARAB

ضع يديك على رأسك فإن جبريل لما نزل بها إلي قال: ضع يديك على رأسك فإنها شفاء من كل داء إلا السام والسام: الموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Letakkan tangan kamu ke atas kepala, kerana ketika Jibril mengajarkan ayat ini, dia berkata: Letakkan tanganmu ke atas kepala, kerana ayat ini merupkan penyembuh bagi segala penyakit, kecuali kematian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1075, hadis nombor 5477. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: قرأت على النبي صلى الله عليه وسلم، فلما بلغ هذه الآية ((لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا القُرْءَانَ))، قال لي: ضع يديك على رأسك فإن جبريل لما نزل بها إلي قال: ضع يديك على رأسك، فإنها شفاء من كل داء إلا السام والسام: الموت. [أبو نعيم في أخبار أصبهان، الضعيفة (5596)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud ra, beliau berkata: Aku membaca al-Quran kepada Nabi SAW, apabila sampai kepada ayat (dan jika Kami turunkan al-Quran ini…), Baginda bersabda: Letakkan tangan kamu ke atas kepala, kerana ketika Jibril mengajarkan ayat ini, dia berkata: Letakkan tanganmu ke atas kepala, kerana ayat ini merupkan penyembuh bagi segala penyakit, kecuali kematian. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5596]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs