Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ضَعْ يدَكَ علَى رأسِكَ، فإنَّ جبريلَ لمَّا نزلَ بِها إليَّ قالَ: ضَعْ يدَكَ علَى رأسِكَ، فإنَّها شِفاءٌ مِن كلِّ داءٍ إلَّا السَّامَ، والسَّامُ: المَوتُ.
Teks Bahasa Melayu
Letakkan tangan kamu ke atas kepala, kerana ketika Jibril mengajarkan ayat ini, dia berkata: Letakkan tanganmu ke atas kepala, kerana ayat ini merupkan penyembuh bagi segala penyakit, kecuali kematian.
Sahabat Perawi
- ‘Abdullah bin Mas‘ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1075, hadis no. 5477. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: قرأت على النبي صلى الله عليه وسلم، فلما بلغ هذه الآية لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا القُرْءَانَ، قال لي: ضع يديك على رأسك فإن جبريل لما نزل بها إلي قال: ضع يديك على رأسك، فإنها شفاء من كل داء إلا السام والسام: الموت. [أبو نعيم في أخبار أصبهان، الضعيفة (5596)]
(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud ra, beliau berkata: Aku membaca al-Quran kepada Nabi SAW, apabila sampai kepada ayat (dan jika Kami turunkan al-Quran ini...), Baginda bersabda: Letakkan tangan kamu ke atas kepala, kerana ketika Jibril mengajarkan ayat ini, dia berkata: Letakkan tanganmu ke atas kepala, kerana ayat ini merupkan penyembuh bagi segala penyakit, kecuali kematian. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5596]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman