TEKS BAHASA ARAB
ضع يديك على رأسك، فإن جبريل لما نزل بها إلي قال: ضع يديك على رأسك، فإنها شفاء من كل داء إلا السام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Letakkan kedua tanganmu di atas kepalamu kerana sesungguhnya Jibril apabila turun dengan ayat ini kepadaku berkata: Letakkan kedua tanganmu di atas kepalamu kerana ia penyembuh pada setiap penyakit melainkan al-Sam dan al-Sam: Mati.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1758, hadis nombor 8852. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله قال: قرأت على النبي – صلى الله عليه وسلم – فلما بلغت هذه الآية قال لي: (ضع يديك على رأسك، فإن جبريل لما نزل بها إلي قال: ضع يديك على رأسك، فإنها شفاء من كل داء إلا السام، والسام: الموت. [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (5996)].
(Lemah)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA beliau berkata: “Aku membaca (al-Qur’an kepada Nabi SAW, apabila sampai pada ayat: {Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini…} [al-Hasyr: 21] Baginda berkata kepadaku: ((Letakkan kedua tanganmu di atas kepalamu kerana sesungguhnya Jibril apabila turun dengan ayat ini kepadaku berkata: Letakkan kedua tanganmu di atas kepalamu kerana ia penyembuh pada setiap penyakit melainkan al-Sam.)) Dan al-Sam: Mati.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5596].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.