Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ضع يدَكَ على رأسِكَ فإنَّ جبريلَ لمَّا نزلَ بِها إليّ قالَ: ضع يدَكَ على رأسِكَ فإنَّها شفاءٌ من كلِّ داءٍ إلَّا السَّامَ.
Teks Bahasa Melayu
Letakkan kedua tanganmu di atas kepalamu kerana sesungguhnya Jibril apabila turun dengan ayat ini kepadaku berkata: Letakkan kedua tanganmu di atas kepalamu kerana ia penyembuh pada setiap penyakit melainkan al-Sam dan al-Sam: Mati.
Sahabat Perawi
- Ibn Mas'ud
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1758, hadis no. 8852. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله قال: قرأت على النبي - صلى الله عليه وسلم - فلما بلغت هذه الآية قال لي: (ضع يديك على رأسك، فإن جبريل لما نزل بها إلي قال: ضع يديك على رأسك، فإنها شفاء من كل داء إلا السام، والسام: الموت. [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (5996)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA beliau berkata: “Aku membaca (al-Qur'an kepada Nabi SAW, apabila sampai pada ayat: {Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini...} [al-Hasyr: 21] Baginda berkata kepadaku: ((Letakkan kedua tanganmu di atas kepalamu kerana sesungguhnya Jibril apabila turun dengan ayat ini kepadaku berkata: Letakkan kedua tanganmu di atas kepalamu kerana ia penyembuh pada setiap penyakit melainkan al-Sam.)) Dan al-Sam: Mati. [Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5596].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman