Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ضعْ إصبعَكَ السَّبابةَ على ضرسِكَ؛ ثم اقْرأ: {أَوَلَمْ يَرَ الْإِنْسَانُ أَنَّا خَلَقْنَاهُ مِنْ نُطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُبِينٌ: 77].
Teks Bahasa Melayu
Letakkan jari telunjukmu atas gigi gerahammu, kemudian bacalah: {Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa Kami menciptakannya daripada setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata} [Surah Yassin: Ayat 77].
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1465, hadis no. 7459. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - لرجل اشتكى ضرسه: ((ضع إصبعك السبابة على ضرسك؛ ثم اقرأ: {أو لم ير الإنسان أنا خلقناه من نطفة...} [يس: 77]. [فر،((الضعيفة))(3814)]
(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA, berkata: Rasulullah SAW telah bersabda kepada seorang lelaki yang mengadu gigi gerahamnya sakit: Letakkan jari telunjukmu atas gigi gerahammu, kemudian bacalah: {Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa Kami menciptakannya daripada setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata} [Surah Yassin: Ayat 77]. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3814]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman