Lesbianisme adalah hubungan sejenis (zina) bagi wanita

TEKS BAHASA ARAB

لا تذهب الدنيا حتى يستغني النساء بالنساء، والرجال بالرجال، والسحاق زنا النساء فيما بينهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dunia tidak akan lenyap hinggalah golongan wanita merasa cukup dengan wanita dan golongan lelaki merasa cukup dengan lelaki, lesbianisme (hubungan sejenis) adalah zina bagi wanita sesama mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1317, hadis nombor 6725. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن واثلة بن الأسقع رضي الله عنه مرفوعا: لا تذهب الدنيا حتى يستغني النساء بالنساء، والرجال بالرجال، والسحاق زنا النساء فيما بينهن.
[تمام، الهمداني في ((الفوائد))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (١٦٠٢)].

(Sangat Lemah)
Daripada Wathilah bin al-Asqa’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dunia tidak akan lenyap hinggalah golongan wanita merasa cukup dengan wanita dan golongan lelaki merasa cukup dengan lelaki, lesbianisme (hubungan sejenis) adalah zina bagi wanita sesama mereka.
[Riwayat Tammam, al-Hamdani dalam al-Fawa'id, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1602]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs