Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بُطْحانُ على تُرْعَةٍ مِنْ تُرَعِ الجنةِ.
Teks Bahasa Melayu
Lembah Buthan adalah satu saliran daripada saliran-saliran syurga.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1906, hadis no. 9577. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله ﷺ: بطحان على ترعة من ترع الجنة [ابن حيويه في ((حديثه))، فر، ((الضعيفة)) (5730)]
(Lemah) Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Lembah Buthan adalah satu saliran daripada saliran-saliran syurga. [Riwayat Ibn Hayawayh dalam Hadith beliau dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5730]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman