Lemahlah akal seseorang yang mempergunakan tetamunya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كنت بائتاً عند المأمون فعطشت عطشاً شديداً فقال لي: مالك لا تنام؟ قلت: أنا – والله عطشان. فقال: ارجع إلى موضعك، وقام إلى المزادة فسقاني كوز ماء ثم قال: ألا أخبرك؟ ألا أطرفك؟ ألا أحدثك؟ قلت: نعم. فقال: حدثني الرشيد عن أبيه المهدي عن أبيه المنصور عن أبيه عن جده عن ابن عباس، قال: قال رسول الله ﷺ: سخافة بالمرء أن يستخدم ضيفه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada satu hari menetap di rumah al-Ma’mūn. Kemudian aku merasa sangat dahaga. Lalu beliau telah berkata kepadaku: Mengapakah kamu tidak tidur? Aku berkata: Demi Allah begitu dahaga. Lalu beliau berkata: Pergilah kembali ke tempat kamu.Lalu beliau pun bangun menuju ke bekas simpanan air dan beliau telah memberikan aku minum semangkuk air. Kemudian beliau telah berkata: Hendakkah aku mengkhabarkan kepada kamu, hendakkah aku memberikan menceritakan kepada kamu, hendakkah aku menyampaikan hadis kepada kamu? Aku telah menjawab: Ya. Lalu beliau telah berkata: al-Rasḥīd telah menceritakan kepadaku, daripada bapanya, al-Mahdī, daripada bapanya, al-Manṣūr, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Lemahlah akal seseorang yang mempergunakan tetamunya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 128, hadis nombor 651. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن يحيى بن أكثم قال: كنت بائتاً عند المأمون فعطشت عطشاً شديداً، فقال لي: مالك لا تنام؟ قلت: أنا والله عطشان. فقال: ارجع إلى موضعك وقام إلى المزادة فسقاني كوز ماء ثم قال: ألا أخبرك؟ ألا أطرفك؟ ألا أحدثك؟ قلت: نعم. فقال: حدثني الرشيد عن أبيه المهدي عن أبيه المنصور عن أبيه عن جده عن ابن عباس قال: قال رسول الله ﷺ: سخافة بالمرء أن يستخدم ضيفه. [قرء,الضعيفة (6026)].

(Munkar) Daripada Yaḥhyā ibn Aktham: Pada satu hari menetap di rumah al-Ma’mūn. Kemudian aku merasa sangat dahaga. Lalu beliau telah berkata kepadaku: Mengapakah kamu tidak tidur? Aku berkata: Demi Allah begitu dahaga. Lalu beliau berkata: Pergilah kembali ke tempat kamu.Lalu beliau pun bangun menuju ke bekas simpanan air dan beliau telah memberikan aku minum semangkuk air. Kemudian beliau telah berkata: Hendakkah aku mengkhabarkan kepada kamu, hendakkah aku memberikan menceritakan kepada kamu, hendakkah aku menyampaikan hadis kepada kamu? Aku telah menjawab: Ya. Lalu beliau telah berkata: al-Rasḥīd telah menceritakan kepadaku, daripada bapanya, al-Mahdī, daripada bapanya, al-Manṣūr, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Lemahlah akal seseorang yang mempergunakan tetamunya. [Diriwayatkan oleh al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6026).]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.