Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قال لي جبريل عليه السلام: قَلَّبْتُ الأرضَ مشارِقَها ومغارِبِها فلم أَجِدُ رجلاً أفضلَ من محمد، وقَلَّبْتُ الأرض مشارقها ومغاربها فلم أجد بني أب أفضلَ من بني هاشم.
Teks Bahasa Melayu
Jibril AS berkata kepadaku: Aku telah membalikkan bumi dari timur ke barat, lalu aku tidak mendapati seorang lelaki pun yang lebih mulia berbanding Muhammad. Dan aku juga membalikkan bumi dari timur ke barat, namun aku tidak mendapati keturunan yang lebih baik berbanding Bani Hasyim.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 75, hadis no. 359. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((قال لي جبريل عليه السلام: قلبت الأرض مشارقها ومغاربها فلم أجد رجلاً أفضل من محمد، وقلبت الأرض مشارقها ومغاربها فلم أجد بني أب أفضل من بني هاشم)). [الدولابي في ((الذرية الطاهرة))، أبو نعيم في ((حديث الكريمي))، البيهقي في ((دلائل النبوة))، ((الضعيفة)) (4046)].
(Palsu) Daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Jibril AS berkata kepadaku: Aku telah membalikkan bumi dari timur ke barat, lalu aku tidak mendapati seorang lelaki pun yang lebih mulia berbanding Muhammad. Dan aku juga membalikkan bumi dari timur ke barat, namun aku tidak mendapati keturunan yang lebih baik berbanding Bani Hasyim.)) [Riwayat al-Dulabi dalam al-Zurriyyah al-Tohirah, Abu Nu’aym dalam Hadis al-Kuraimi, dan al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4046].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman