Lelaki yang menjauhi empat perkara ini, maka akan dibukakan untuknya pintu-pintu syurga

TEKS BAHASA ARAB

من اجتنب من الرجال أربعا فتحت له أبواب الجنة يدخل من أيها شاء: الدماء والأموال والفروج والأشربة. ومن النساء: إذا صلت خمسها وصامت شهرها وأحصنت فرجها وأطاعت زوجها فتحت لها أبواب الجنة الثمانية تدخل من أيها شاءت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lelaki yang menjauhi empat perkara ini, maka akan dibukakan untuknya pintu-pintu syurga. Empat perkara tersebut ialah: darah, harta, kemaluan, dan arak. Dia boleh masuk pintu mana yang dia sukai. Dan bagi wanita: Apabila dia solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya, dibukakan untuknya lapan pintu syurga, dan dia boleh masuk pintu mana yang dia inginkan.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1144, hadis nombor 5785. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: من اجتنب من الرجال أربعا فتحت له أبواب الجنة يدخل من أيها شاء: الدماء والأموال والفروج والأشربة. ومن النساء: إذا صلت خمسها وصامت شهرها وأحصنت فرجها وأطاعت زوجها فتحت لها أبواب الجنة الثمانية تدخل من أيها شاءت. [عد، السهمي، الضعيفة (4534)]

(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Lelaki yang menjauhi empat perkara ini, maka akan dibukakan untuknya pintu-pintu syurga. Empat perkara tersebut ialah: darah, harta, kemaluan, dan arak. Dia boleh masuk pintu mana yang dia sukai. Dan bagi wanita: Apabila dia solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya, dibukakan untuknya lapan pintu syurga, dan dia boleh masuk pintu mana yang dia inginkan. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa dan al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4534].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs