Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من اجتنب من الرجال أربعاً فتحت له أبواب الجنة، يدخل من أيها شاء: الدماء، والأموال، والفروج، والأشربة. ومن النساء: إذا صلت خمسها، وصامت شهرها، وأحصنت فرجها، وأطاعت زوجها؛ فتحت لها أبواب الجنة الثمانية؛ تدخل من أيها شاءت.
Teks Bahasa Melayu
Lelaki yang menjauhi empat perkara ini, maka akan dibukakan untuknya pintu-pintu syurga. Empat perkara tersebut ialah: darah, harta, kemaluan, dan arak. Dia boleh masuk pintu mana yang dia sukai. Dan bagi wanita: Apabila dia solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya, dibukakan untuknya lapan pintu syurga, dan dia boleh masuk pintu mana yang dia inginkan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1144, hadis no. 5785. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: من اجتنب من الرجال أربعا فتحت له أبواب الجنة يدخل من أيها شاء: الدماء والأموال والفروج والأشربة. ومن النساء: إذا صلت خمسها وصامت شهرها وأحصنت فرجها وأطاعت زوجها فتحت لها أبواب الجنة الثمانية تدخل من أيها شاءت. [عد، السهمي، الضعيفة (4534)]
(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Lelaki yang menjauhi empat perkara ini, maka akan dibukakan untuknya pintu-pintu syurga. Empat perkara tersebut ialah: darah, harta, kemaluan, dan arak. Dia boleh masuk pintu mana yang dia sukai. Dan bagi wanita: Apabila dia solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya, dibukakan untuknya lapan pintu syurga, dan dia boleh masuk pintu mana yang dia inginkan. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa dan al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4534].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman