Lelaki yang mengiringi jenazah dan dia tidak bersurai sehingga dia meminta izin

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أميران وليسا بأميرين: الرجل يتبع الجنازة فلا ينصرف حتى يستأذن، والمرأة تكون مع القوم فتحيض فلا ينفروا حتى تطهر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua orang ketua tapi bukan ketua: Seorang lelaki yang mengiringi jenazah dan dia tidak bersurai sehingga dia meminta izin, juga seorang wanita yang berada bersama sesuatu kaum lalu didatangi haid namun mereka tidak beredar balik (daripada ibadah haji) sehingga dia suci.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 737, hadis nombor 3767. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أميران وليسا بأميرين: الرجل يتبع الجنازة فلا ينصرف حتى يستأذن، والمرأة تكون مع القوم فتحيض فلا ينفروا حتى تطهر)). [عق، ((الضعيفة)) (2942)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua orang ketua tapi bukan ketua: Seorang lelaki yang mengiringi jenazah dan dia tidak bersurai sehingga dia meminta izin, juga seorang wanita yang berada bersama sesuatu kaum lalu didatangi haid namun mereka tidak beredar balik (daripada ibadah haji) sehingga dia suci.
[Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Dhu'afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2942]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.