Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا خَطَب أحدُكم المرأةَ وهو يَخْضِبُ بالسَّوادِ، فَلْيُعْلِمْها أنه يَخْضِبُ بالسَّوادِ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya seseorang itu hendak meminang seorang wanita, dan dia (lelaki itu) adalah orang yang menginaikan rambutnya (yang telah beruban) dengan warna hitam, maka beritahulah pada wanita tersebut bahawa hakikatnya rambutnya itu hitam kerana diwarnakan.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1619, hadis no. 8172. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها-، قالت: ((إذا خطب أحدكم المرأة وهو يخضب بالسواد، فليعلمها أنه يخضب بالسواد)). [فر، ((الضعيفة)) (2553)].
(Palsu) Daripada Aisyah RA, beliau berkata: "Sekiranya seseorang itu hendak meminang seorang wanita, dan dia (lelaki itu) adalah orang yang menginaikan rambutnya (yang telah beruban) dengan warna hitam, maka beritahulah pada wanita tersebut bahawa hakikatnya rambutnya itu hitam kerana diwarnakan." [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2553].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman