Lelaki yang berjaya menguasai gunung al-Dailam dan Konstantinopel

TEKS BAHASA ARAB

‌لو لم يبق من الدنيا إلا يوم؛ لطوله الله عز وجل حتى يملك رجل من أهل بيتي، يملك جبل الديلم والقسطنطينية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya hanya ada satu hari yang tersisa di dunia ini, Tuhan Yang Maha Esa akan memanjangkannya sehingga seorang lelaki (Mahdi) dalam kalangan ahli baitku berjaya menguasai gunung al-Dailam dan al-Qustantiniyyah (Konstantinopel).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1340, hadis nombor 6847. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: لو لم يبق من الدنيا إلا يوم؛ لطوله الله عز وجل حتى يملك رجل من أهل بيتي، يملك جبل الديلم والقسطنطينية.
[هــ، ((الضعيفة)) (4361)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya hanya ada satu hari yang tersisa di dunia ini, Tuhan Yang Maha Esa akan memanjangkannya sehingga seorang lelaki (Mahdi) dalam kalangan ahli baitku berjaya menguasai gunung al-Dailam dan al-Qustantiniyyah (Konstantinopel).
[Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4361]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs