TEKS BAHASA ARAB
ليس على الرجل جناح أن يتزوج بقليل أو كثير من ماله؛ إذا تراضوا وأشهدوا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bukanlah satu kesalahan bagi seorang lelaki jika dia menikah dengan harta yang banyak atau sedikit apabila mereka saling bersetuju dan mempunyai saksi.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 942, hadis nombor 4855. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن أبي سعيد – رضي الله عنه – رفعه: ((ليس على الرجل جناح أن يتزوج بقليل أو كثير من ماله؛ إذا تراضوا وأشهدوا)).
[هق، ((الضعيفة)) (4376)].
(Sangat Lemah)
Daripada Abu Said RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bukanlah satu kesalahan bagi seorang lelaki jika dia menikah dengan harta yang banyak atau sedikit apabila mereka saling bersetuju dan mempunyai saksi.
[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan-al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4376]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.