Lelaki manakah yang bersih?

TEKS BAHASA ARAB

أي الرجال مهذب؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lelaki manakah yang besih?.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 25, hadis nombor 75. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

جاء عن ثابت البناني، قال: قلت للحسن: يا أبا سعيد، رأيتك في المنام، تقول الشعر.فقال: وأي الرجال مهذب؟

Diriwayatkan daripada Thabit al-Bunani, dia berkata: Aku telah berkata kepada al-Hasan: "Wahai Abu Sa’id! Aku bermimpi melihat engkau sedang membaca syair", lalu al-Hasan berkata: "Lelaki manakah yang bersih?".

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs