Lelaki ini ke syurga – iaitu Ali – dalam kalangan pengikutnya, ada satu kaum yang mengetahui tentang Islam kemudian menolaknya

TEKS BAHASA ARAB

هذا في ‌الجنة – يعني: ‌علياً – وإن من شيعته قوماً يعلمون الإسلام ثم يرفضونه، لهم نبز يسمون: الرافضة، من لقيهم فليقتلهم، فإنهم مشركون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lelaki ini ke syurga – iaitu Ali – dalam kalangan pengikutnya, ada satu kaum yang mengetahui tentang Islam kemudian menolaknya. Mereka mempunyai gelaran, iaitu dinamakan sebagai “Para penolak (al-rafidhah)”. Maka, barang siapa yang sempat bertemu mereka, bunuhlah mereka kerana sesungguhnya mereka ialah orang-orang musyrik

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 583, hadis nombor 2999. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن فاطمة – رضي الله عنها-، قالت ‌نظر النبي صلى الله عليه وسلم إلى علي فقال: ((هذا في ‌الجنة – يعني: ‌علياً – وإن من شيعته قوماً يعلمون الإسلام ثم يرفضونه، لهم نبز يسمون: الرافضة، من لقيهم فليقتلهم، فإنهم مشركون)). [ع، ((الضعيفة)) (6541)].

(Munkar) Daripada Fatimah RA berkata: Nabi SAW melihat kepada Ali lalu bersabda: Lelaki ini ke syurga – iaitu Ali – dalam kalangan pengikutnya ada satu kaum yang mengetahui tentang Islam kemudian menolaknya. Mereka mempunyai gelaran, iaitu dinamakan sebagai “Para penolak (al-rafidhah)”. Maka, barang siapa yang sempat bertemu mereka, bunuhlah mereka kerana sesungguhnya mereka ialah orang-orang musyrik. [Riwayat Abu Ya’la dalam musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6541].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.