Lelaki ini akan masuk ke dalam syurga, iaitu Ali

TEKS BAHASA ARAB

هذا في الجنة يعني: علياً وإن من شيعته قوماً يعلمون الإسلام ثم يرفضونه لهم نبز يسمون: الرافضة من لقيهم فليقتلهم فإنهم مشركون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lelaki ini akan masuk ke dalam syurga, iaitu Ali. Kelak akan ada dalam kalangan pengikutnya sekelompok orang yang tahu tentang Islam, namun mereka menolaknya. Mereka mempunyai gelaran iaitu al-Rafidah. Sesiapa yang bertemu dengan mereka, maka bunuhlah kerana mereka mereka itu adalah orang-orang musyrik.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1119, hadis nombor 5653. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن فاطمة رضي الله عنها قالت: نظر النبي صلى الله عليه وسلم إلى علي، فقال: هذا في الجنة يعني: عليًا وإن من شيعته قومًا يعلمون الإسلام ثم يرفضونه لهم نبز يسمون: الرافضة من لقيهم فليقتلهم فإنهم مشركون. [ع، الضعيفة (6541)].

(Munkar) Daripada Fatimah RA, beliau menceritakan: Nabi SAW pernah memandang wajah ‘Ali, lalu bersabda: Lelaki ini akan masuk ke dalam syurga, iaitu Ali. Kelak akan ada dalam kalangan pengikutnya sekelompok orang yang tahu tentang Islam, namun mereka menolaknya. Mereka mempunyai gelaran iaitu al-Rafidah. Sesiapa yang bertemu dengan mereka, maka bunuhlah kerana mereka mereka itu adalah orang-orang musyrik. [Riwayat Abu Ya‘la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6541]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs