Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هَذَا فِي الْجَنَّةِ يَعْنِي عَلِيًّا وَإِنَّ مِنْ شِيعَتِهِ قَوْمًا يَعْلَمُونَ الْإِسْلَامَ ثُمَّ يَرْفُضُونَهُ ، لَهُمْ نَبْزٌ يُسَمُّونَ : الرَّافِضَةَ ، مَنْ لَقِيَهُمْ فَلْيَقْتُلْهُمْ ، فَإِنَّهُمْ مُّشْرِكُونَ.
Teks Bahasa Melayu
Lelaki ini akan masuk ke dalam syurga, iaitu Ali. Kelak akan ada dalam kalangan pengikutnya sekelompok orang yang tahu tentang Islam, namun mereka menolaknya. Mereka mempunyai gelaran iaitu al-Rafidah. Sesiapa yang bertemu dengan mereka, maka bunuhlah kerana mereka mereka itu adalah orang-orang musyrik.
Sahabat Perawi
- Fatimah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1119, hadis no. 5653. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن فاطمة رضي الله عنها قالت: نظر النبي صلى الله عليه وسلم إلى علي، فقال: هذا في الجنة يعني: عليًا وإن من شيعته قومًا يعلمون الإسلام ثم يرفضونه لهم نبز يسمون: الرافضة من لقيهم فليقتلهم فإنهم مشركون. [ع، الضعيفة (6541)].
(Munkar) Daripada Fatimah RA, beliau menceritakan: Nabi SAW pernah memandang wajah ‘Ali, lalu bersabda: Lelaki ini akan masuk ke dalam syurga, iaitu Ali. Kelak akan ada dalam kalangan pengikutnya sekelompok orang yang tahu tentang Islam, namun mereka menolaknya. Mereka mempunyai gelaran iaitu al-Rafidah. Sesiapa yang bertemu dengan mereka, maka bunuhlah kerana mereka mereka itu adalah orang-orang musyrik. [Riwayat Abu Ya‘la dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6541]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman