Lebihkanlah memberi nafkah dalam bulan Ramadan

TEKS BAHASA ARAB

انبسطُوا في النفقة في شهر رمضان فإن النفقة فيه كالنفقة في سبيل الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lebihkanlah memberi nafkah dalam bulan Ramadan, sesungguhnya nafkah dalam bulan ini (iaitu Ramadan) adalah seperti nafkah di jalan Allah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1162, hadis nombor 5876. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن صخر بن حبيب وراشد بن سعد عن النبي – صلى الله عليه وسلم- قال: انبسطوا في النفقة في شهر رمضان، فإن النفقة فيه كالنفقة في سبيل الله. [ابن أبي الدنيا في فضائل رمضان، الضعيفة (6599)]

(Munkar) Daripada Sakhr bin Habib dan Rasyid bin Sa’ad daripada Nabi SAW bersabda: Lebihkanlah memberi nafkah dalam bulan Ramadan, sesungguhnya nafkah dalam bulan ini (iaitu Ramadan) adalah seperti nafkah di jalan Allah. [Riwayat Ibn Abi Dunya dalam Fadha’il Ramadan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6599]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs