Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
انبسطُوا في النفقة في شهر رمضان، فإن النفقة فيه كالنفقة في سبيل الله.
Teks Bahasa Melayu
Lebihkanlah memberi nafkah dalam bulan Ramadan, sesungguhnya nafkah dalam bulan ini (iaitu Ramadan) adalah seperti nafkah di jalan Allah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1162, hadis no. 5876. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Sakhr bin Habib dan Rasyid bin Sa’ad daripada Nabi SAW bersabda: Lebihkanlah memberi nafkah dalam bulan Ramadan, sesungguhnya nafkah dalam bulan ini (iaitu Ramadan) adalah seperti nafkah di jalan Allah. [Riwayat Ibn Abi Dunya dalam Fadha’il Ramadan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6599]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman