Lazimkan memakai kedua-dua kasutmu pada kedua-dua kakimu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ألزم نعليك قدميك، فإن خلعتهما فاجعلهما بين رجليك، ولا تجعلهما عن يمينك، ولا عن يمين صاحبك، ولا وراءك فتؤذي من خلفك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lazimkan memakai kedua-dua kasutmu pada kedua-dua kakimu. Maka jika kamu menanggalkan kedua-duanya jadikanlah kasutmu itu di antara kedua-dua kakimu dan janganlah kamu meletakkannya di sebelah kananmu, tidak juga di sebelah kanan kawanmu dan tidak juga di belakangmu agar kamu tidak akan menyakiti orang yang berada di belakang kamu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 349, hadis nombor 1843. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ألزم نعليك قدميك، فإن خلعتهما فاجعلهما بين رجليك، ولا تجعلهما عن يمينك، ولا عن يمين صاحبك، ولا وراءك فتؤذي من خلفك)).
[ه، ((الضعيفة)) (988)]

(Sangat Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Lazimkan memakai kedua-dua kasutmu pada kedua-dua kakimu. Maka jika kamu menanggalkan kedua-duanya jadikanlah kasutmu itu di antara kedua-dua kakimu dan janganlah kamu meletakkannya di sebelah kananmu, tidak juga di sebelah kanan kawanmu dan tidak juga di belakangmu agar kamu tidak akan menyakiti orang yang berada di belakang kamu.
[Riwayat Ibn Mājah dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 988]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.