Lazimilah makan cendawan truffle basah

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالكمأة الرطبة؛ فإنها من المن، وماؤها شفاء للعين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lazimilah makan cendawan truffle basah, kerana sesungguhnya ia sebahagian daripada al-Manna, dan airnya itu merupakan penawar bagi mata.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1183, hadis nombor 5998. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن صهيب الخير – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((عليكم بالكمأة الرطبة؛ فإنها من المن، وماؤها شفاء للعين)). [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (5919)]

(Munkar) Daripada Suhaib al-Khair RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Lazimilah makan cendawan truffle basah, kerana sesungguhnya ia sebahagian daripada al-Manna, dan airnya itu merupakan penawar bagi mata. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5919]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs