Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Lazimilah makan cendawan truffle basah

Teks Bahasa Arab

عَلَيْكُمْ بِالكَمْأَةِ الرَّطبَةِ؛ فَإِنَّهَا مِنَ المَنِّ، وَمَاؤُهَا شِفَاءٌ لِلعَينِ.

Teks Bahasa Melayu

Lazimilah makan cendawan truffle basah, kerana sesungguhnya ia sebahagian daripada al-Manna, dan airnya itu merupakan penawar bagi mata.

Sahabat Perawi

  1. Suhaib al-Khair RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1183, hadis no. 5998. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن صهيب الخير - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((عليكم بالكمأة الرطبة؛ فإنها من المن، وماؤها شفاء للعين)). [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (5919)]

(Munkar) Daripada Suhaib al-Khair RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Lazimilah makan cendawan truffle basah, kerana sesungguhnya ia sebahagian daripada al-Manna, dan airnya itu merupakan penawar bagi mata. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5919]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.