Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Lazimilah kecintaan terhadap kami Ahlul Bayt

Teks Bahasa Arab

الزموا مودتَنا أهلَ البيتِ؛ فإنه من لقيَ اللهَ عز وجل وهو يودُّنا؛ دخل الجنةَ بشفاعتِنا، والذي نفسي بيده! لا ينفع عبدًا عملُه إلا بمعرفةِ حقِّنا.

Teks Bahasa Melayu

Lazimilah kecintaan terhadap kami Ahlul Bayt; kerana sesiapa yang menemui Allah ‘Azza wa Jalla dalam keadaan dia mencintai kami, dia akan memasuki syurga dengan syafaat kami. Demi (Allah) yang jiwaku di tanganNya, amalan seseorang hamba itu tidak akan memberi manfaat kepadanya melainkan dengan mengetahui hak kami.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 484, hadis no. 2604.

(منكر) عن علي –رضي الله عنه- مرفوعا: ((الزموا مودتنا أهل البيت؛ فإنه من لقي الله عز وجل وهو يودنا؛ دخل الجنة بشفاعتنا، والذي نفسي بيده! لا ينفع عبدا عمله إلا بمعرفة حقنا)). [طس، ((الضعيفة)) (4916)]

(Munkar) Dari Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Lazimilah kecintaan terhadap kami Ahlul Bayt; kerana sesiapa yang menemui Allah ‘Azza wa Jalla dalam keadaan dia mencintai kami, dia akan memasuki syurga dengan syafaat kami. Demi (Allah) yang jiwaku di tanganNya, amalan seseorang hamba itu tidak akan memberi manfaat kepadanya melainkan dengan mengetahui hak kami. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4916]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.